PUISI merupakan satu wadah luahan rasa dan minda untuk melontarkan pemikiran yang mampu memberikan pelbagai impak yang berbagai rasa dalam membentuk masyarakat yang sempurna dan berilmu.
Bagi pendapat saya,puisi merupakan satu bentuk atau genre kesusasteraan yang unik dan klasik yang lahir dari dunia melayu zaman berzaman. Dengan puisi, manusia zaman dahulu mampu menyampaikan pemikiran yang benar-benar memberikan sesuatu kesan yang membolehkan masyarakat untuk mendidik dan mengasuh manusia dan masyarakat melayu melalui satu bentuk yang indah dan bermutu tinggi.
Sesungguhnya, ini bukan satu omong kosong yang hanya memberi satu huraian yang panjang, tetapi ia diiringi dengan bukti yang menegaskan satu kebenaran yang menunjukkan bahawa puisi itu adalah satu kebenaran yang hakiki. buktinya, kita memiliki teks-teks lisan yang lahir dengan rupa baru pada setiap tahun, contohnya kumpulan pantun, kurik kendi merah saga, puisi-puisi yang diterjemahkan dari tokoh-tokoh sastera islam yang tidak asing lagi dalam islam dan dunia melayu iaitu hamzah fansuri dengan syair perahunya, syair sidang fakir dan pelbagai lagi. Dalam kita bertegas untuk memastikan puisi ini satu kebenaran sebagai wadah menyampaikan ilmu dan pendidikan, kita pastinya sedar bahawa lahirnya insan yang berkualiti dan dinamik di universiti-universiti terkemuka di dunia. salah satunya melahirkan sasterawan sasterawan yang berkualiti lagi berpengetahuan seperti a.samad said dan penulis muda juga seperti faizal tehrani dan ramai lagi.
Oleh yang demikian, sesungguhnya puisi ini mampu memberikan satu kesan kerana kebenarannya dan ianya mampu memberi satu sinar harapan kepada nusa dan bangsa.
Soleha...