Suara Ikhlas
Kutenungi isi-isi jihad
Kubasahi ruang-ruang kering yang mendakap sepi
Untuk mencari kesenangan buat insan beerti
Kuperuntuhkan mahligai-mahligaiku
Kuhadiahkan sebuah istana baru yang murni dan suci
Bisakah kau mengerti betapa ikhlasnya hati ini
Kupertemukan jalan rezeki bersama ilahi buatmu
Dipanjatkan segala kudrat untuk doakanmu
Kupatahkan harga-harga kebagiaanku buatmu
Hanya dengan panahan hati yang tulus ikhlas
Kupersembahkan darahku, keringatku dengan senyum
Namun apalah hakikatnya
Aku tidak menemui ikhlasmu
Aku tidak teruja memanggilmu lagi
Aku tidak bisa menguntum senyum lagi
Aku tidak betah menangguk selut yang tidak berguna
Aku hanya ingin melihat sebuah keikhlasan dengan hati
Aku ingin merantai silaturrahim ini dengan ikhlasmu
Kerana aku tidak mungkin menemuimu dengan rasa nafsumu
Tali ikhlas itu adalah nyawa bagi sahabatmu ini wahai Insan bernafsu
Nor Soleha Mamat
28-Jan-09
Monday, June 8, 2009
Suara Ikhlas Sekeping Hati
Posted by soleha at 10:58 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment