BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, March 29, 2008

PERISIAN MULTIMEDIA DALAM BAHASA MELAYU

Perisian Multimedia dalam Bahasa Melayu
[Oleh Abdul Razak Mohammad]

  • Perkembangan Teknologi Maklumat telah menghasilkan berbagai-bagai perisian yang diciptakan khusus untuk membantu pengguna dalam memudahkan kerja serta mendapatkan hasil yang lebih berkualiti.Terdapat beribu-ribu jenis perisian yang berada di pasaran terutamanya dalam bidang grafik antaranya animasi 2D, animasi 3D, dan penyuntingan video.
  • Namun demikian, tidak banyak perisian di pasaran yang memberi penerangan dalam bahasa Melayu. Oleh sebab itu, seiring dengan perkembangan tersebut, Bahagian Multimedia Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), telah menerbitkan dua buah CD-ROM berjudul Cara Cepat Belajar Perisian: Macromedia Flash MX 2004 dan Cara Cepat Belajar Perisian: Adobe Photoshop CS. CD-ROM ini sesuai digunakan untuk semua peringkat pengguna.
  • Corak persembahan yang menarik, interaktif dan dilengkapi dengan audio membantu pengguna mempelajarinya dengan lebih berkesan.Kandungannya juga disusun mengikut peringkat, bermula daripada pengenalan sehinggalah kepada peringkat aplikasi alatan yang digunakan dalam perisian ini.
  • Penerbitan perisian multimedia dalam bahasa Melayu merupakan salah satu usaha DBP ke arah memartabatkan bahasa Melayu dalam bidang teknologi maklumat. Semoga usaha DBP ini menjadi dorongan kepada syarikat multimedia untuk menerbitkan pelbagai perisian dalam bahasa kebangsaan.

KOMEN:

Memang usaha yang dijalankan oleh DBP sangat murni, kerana IT sangat penting dalam usaha mengetengahkan dan memartabatkan Bahasa Melayu, dalam

Wednesday, March 19, 2008

KENANGAN BERSAMA ANAK2 YATIM

FOTO 1 (DI SG.KANCHING)












FOTO 2 (BERMAIN AIR)














FOTO 3
(BERSAMA ANK YATIM CILIK)











KAMI SEMATKAN KENANGAN INDAH INI...



Tuesday, March 11, 2008

TENTANG DIRI

Setiap insan perlukan cara dan pilihan serta keinginan yang tersendiri, namun bagi seorang pelajar univerisiti seperti aku, ingin mencari sesuatu yang sukar dicari dalam hidup yang penuh mencabar ini. tentang harapan, luahan ku akan disemat dalam keindahan puisi tentang ketenangan...

SABDA KU TENTANG KETENANGAN


SABDAKU,TENTANG KETENANGAN,

DIJIWA PENUH HARAPAN, MAKIN HARI SINAR ITU KIAN TERANG,

KEPASRAHAN TENTANG HATI,JIWA DAN RAGA MENJADI LESU DEK BULAN MENGAMBANG…

SABDAKU TENTANG KETENANGAN,

KEKESATAN, KEKUSUTAN, KEPASRAHAN,KEDAIFAN KIAN MENJULANG,

BIARKAN LUBUK HATI MENUSUK KALBU BAK DIPANAH SANG PETIRAN..

HAMBARKAN HATI YANG LULUH, KESAH , GELAP KERANA KESIKAN HIDUP…TIADA KEMENANGAN,

HATI SUCI YANG LAGI SUCI MENGGAMIT SECEBIS HARAPAN MENJULANG KETENANGAN …TERINGIN DIMANJAI, DIBAJAI DENGAN KELEMBUTAN BAK SUTERA MENDATANG NAMUN KESIKAN HIDUP MASIH MERATAP KEALPAAN…

SABDAKU TENTANG KETENANGAN,

KEPERCAYAAN YANG KUAT MENGGAMIT SEDIKIT HARAPAN,

PERASAAN YANG KECIL DARI KEPENCILAN MUNCUL MENGINTAI SINAR,

TEMAN SETIA DISISI SENTIASA MENGUNTUMKAN SENYUMAN,

BERSEDIA MENUNGGU KELUHAN SANUBARI NURANI YANG KUDUS,

TANPA DAPAT DIRASA, DILIHAT, DAN DIBELAI…

NAMUN KESUDIAN YANG TULUS TETAP DIRASA,

ITULAH KEBESARAN YANG DAPAT DIRASAI APABILA DIRI MENCINTAI KHALIQNYA…

SABDAKU TENTANG KETENANGAN…

HARI INI DALAM GENGGAMAN…WALAUPUN BUKAN SEKITARAN,

SETIAP KEPASRAHAN ADA KEREDAAN,

SETIAP KEKESATAN, KEKUSUTAN ADA KERINDUAN.

SETIAP KEDAIFAN ADA KEMAAFAN DENGAN SATU KEIKHLASAN MENUJU SATU HARAPAN TENTANG SABDAKU…KETENANGAN!!!

N.S.M…@...UPM

Bagi kawan-kawan semua, ada benda yang senang di cari dan ada juga perkara yang paling sukar didapati, jadi hargailah keindahan semulajadi hakiki dan hayatilah kehidupan semurni, mungkin...

AMAN MALAYSIA TANGGUNGJAWAB KITA


Aman..Malaysia yang aman dan sentosa tanpa dijajah lagi. aman dari peperangan yang membinasakan. aman dari bencana. aman dari segala pemikiran yang dijajah. Malaysia kini bebas dari segala kekusutan. sempena menyambut kemerdekaan yang ke-50, kita sebagai rakyat Malaysia kini perlu sedar bahawa negara kita telah merdeka setengah abad lamanya. berjuanglah untuk terus memerdekakan tanah air tercinta. buangkanlah segala bentuk penjajahan yang masih melekat dalam diri kita rakyat Malaysia, baik dari segi fizikal mahupun pemikiran. berjuanglah bagi memartabatkan kedaulatan bangsa dan agama. Merdeka yang dituntut, keamanan yang diharap. perjuangan yang dihulur, penghargaan yang di sambut. teruskan perjuangan mu untuk menuntut kemerdekaan yang menjelang untuk generasi kedepan. sambutlah sebingkis luahan rasa dan fikir seorang insan yang merdeka...

Andai aku di duniamu
Begitu perit untuk diluahkan
Andai aku di sampingmu
Begitu naif untukku fikirkan
Perjuangan yang telah kau lontarkan
Begitu suci untuk ku cemarkan

Insan yang pernah berjuang
Insan yang pernah kecundang
Insan yang pernah disingkirkan
Insan yang pernah kehilangan
Hilang dari kebahagiaan
Disingkirkan dari keamanan
Kecundang dari perjuangan
Berjuang demi negara tercinta

Kemana harusku semaikan cinta ini
Untuk mencari nur yang suci
Mencurah bakti kepada yang sudi
Terbang mencari ketenangan hakiki
Untuk mengorak kemerdekaan abadi



Wahai insan yang mulia, bangunlah dari tidur yang lena yang tersepit di alam kabus gelap yang dianggap dunia abadimu. bangunlah berjuang menentang nafsumu yang sarat dengan kedaifan. sucikanlah ia dengan rasa kesyukuran dan menolak segala kepiluan yang mendatang.


LAUNGKANLAH KAMI ANAK MALAYSIA!!!



PUISI CIPTAAN (SEMPENA SEMINAR LINGUISTIK ANTARABANGSA)

Menara PENGALAMANku

Hari ini ingiku ukir sejarah usiaku untuk dua hari

Dua hari membawa seribu erti

Walau masanya begitu senteng namun tersirat sejuta pengalaman

Pengalaman dari seabad zaman

Zaman yang mewarnai ingatan

Yang merangsang akal fikiran

Menjadi aku seorang ilmuan

Hari ini

Hari semalam

Hari akan datang

Hari yang menyemat masa depan

Masa depan yang tak mungkin berulang

Tapi mampu berjalan kearah memburu harapan

Dulu

Diriku

Sunyi

Ilmu,

Kini

Dadaku

Menadah

Ilmu,

Dulu

Bintang

Itu

Tidak

Kukenali

Walau

Namanya

Sering

Dibibir,

Tapi

Hari

Ini

Dimesrai,

Dimesrai dengan cara

Dimesrai dengan falsafah

Dimesrai dengan suara merdunya

Dimesrai dengan gaya perwatakannya

Dimesrai dengan suasana kehadirannya

Mereka bukan artis bukan juga penghibur tivi

Tapi pengasas teori, penyelidik bahasa, peneroka cara,

Pengembang falsafah, penjajah khazanah ilmu buat generasi gemilang

Dua hari bersama seminar linguistik antarabangsa 2007 pengukir pengalaman

Indah yang tak mungkin melambai pergi menjauhi ingatan kerana ilmu itu berkekalan.


Hasil Nukilan :

Nor Soleha binti Mamat,

(134660)

Seminar Linguistik Antarabangsa 2007,

Universiti Putra Malaysia.

(13-14november2007)

Sunday, March 9, 2008

BERSAMAMU ANAK-ANAK YATIM


Baru-baru ini, kami bersama kumpulan kami seramai sepuluh orang bersama-sama mengadakan satu program bersama anak-anak yatim di BAITUL FITRAH di rawang. kami beramai-ramai pergi membantu dan meraikan kanak-kanak di rumah anak yatim tersebut sempena untuk menyiapkan projek multimedia dalam bahasa di bawah seliaan dr. Normaliza di Fakulti bahasa moden dan komunikasi.



Kami telah bersama mereka selama satu hari pada hari jumaat 7mac2008. kami dengan seikhlas hati ingin memberikan sumbangan tenaga dan kegembiraan bagi memberikan sesuatu yang bermakna kepada mereka yang hidup dalam serba kedaifan. jumlah anak-anak yatim yang tinggal di baitul fitrah ini ialah seramai 30 orang dari kanak-kanak yang berumur 4bulan sehingga 17 tahun. mereka telah di jaga oleh seorang ibu tunggal yang sangat berhati mulia yang lebih selesa di panggil kak ummu. beliau dengan sedaya upaya ingin membantu anak-anak yatim tersebut tanpa mendapat apa-apa bantuan daripada mana-mana pusat kebajikan ataupun zakat.




  • Beliau menjaga anak-anak malang tersebut di sebuah rumah dua tingkat di country homes rawang dan sebuah lagi rumah yang diberikan bantuan oleh seorang yang pemurah untuk dijadikan tempat tinggal bagi anak-anak yatim lelaki tidak jauh dari situ. Kami sangat berharap dengan kehadiran kami ke tempat mereka sedikit sebanyak akan memberikan kegembiraan kepada merekayang belum pernah merasai keseronokan berkelah dan merasai kehidupan seperti orang lain walaupun sehari.


  • Apa yang lebih menyedihkan, ada seorang kanak-kanak perempuan yang berumur dua tahun tidak sempurna seperti anak-anak yang lain kerana buta pada usia yang masih kecil lagi. dan anak itu juga di jaga dan diasuh oleh kak ummu dengan penuh kasih sayang. kak ummu juga dibantu oleh dua orang bibik yang setia menjaga anak-anak yang sangat kepinginkan kasih sayang seorang ibu dan keluarga.


  • Apa yang kami perhatikan, walaupun kami datang dalam masa yang amat singkat, kami dapati mereka sangat memerlukan kasih sayang dan perhatian. apa yang mengkagumkan kami, mereka merupakan kanak-kanak yang sangat bijak dalam pelajaran dan mungkin kemampuan mereka terbatas maka segala keistimewaan yang dimiliki tidak dapat digunakan sepenuhnya. Ada juga kanak-kanak yang terpaksa menjadi seperti ibu dan bapa pada usia yang masih muda kerana kanak-kanak ini perlu memikul tanggungjawab sebagai kakak kepada adik yang masih kecil yang berusia dua tahun. masa kanak-kanaknya telah di isi dengan bebanan yang sudah berat dan perlu memikul tanggugjawab seperti seorang ibu kepada adiknya sekaligus menjadi seorang pelajar tingkatan tiga.


  • Kehidupan mereka yang sangat daif menyentuh perasaan kami, kami beramai-ramai membantu mereka membuat gotong royong dan membawa sedikit makanan yang tidak seberapa kepada mereka. dan kami berkeputusan untuk membawa kanak-kanak tersebut ke kancing iaitu salah sebuah tempat peranginan yang hampir di tempat tinggal mereka. kegembiraan dan kegirangan terpancar di wajah daif masing-masing sehingga menampakkan mereka melupakan seketika masalah dan diri mereka sebentar dan menjadi kanak-kanak seperti mana mereka yang mempunyai keluarga yang bahagia. mereka seolah-olah sangat menginginkan kasih sayang dan belaian manja dari seorang kakak-kakak serta sepenuh perhatian kepada mereka apabila mereka sentiasa bercerita tentang keadaan dan kehidupan mereka.


  • Semoga dengan kehadiran kami ini sekurang-kurangnya dapat memberikan sedikit kegembiraan dan kebahagiaan kepada mereka walaupun seketika...












Wednesday, March 5, 2008

AKTIVITI ILMIAH DI UNIVERSITI

  • Di universiti amnya, pelbagai bentuk dan cara aktiviti boleh dijalankan untuk memastikan semua pelajar di universiti ini menjalankan pelbagai aktiviti yang berfaedah semasa menuntut di pusat pengajian tinggi (IPT). Pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan di IPT ini yang boleh mendatangkan pelbagai jenis pengalaman dan pengetahuan yang berguna bagi setiap pelajar sama ada aktiviti luar kampus mahupun dalam kampus. Setiap pelajar sepatutnya perlu diberikan galakan dan didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang boleh memberikan sesuatu yang boleh memberikan kesan masa panjang dan memberikan satu pengalaman kepada mereka untuk melahirkan pelajar yang berkemampuan dalam pelbagai aspek, contohnya bijak merancang, menguruskan masa depan, berkeyakinan dan dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi apabila keluar dari dunia kampus mereka.
  • Selain itu, pelajar universiti juga perlu mencari peluang yang ada untuk mencari pelbagai jenis peluang dan sentiasa mengikuti perkembangan dan meyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti ataupun kolej masing-masing. kerana di situlah tempat mereka untuk mencari pengalaman dan pengetahuan sebanyak mungkin supaya dapat mengaplikasikan semua ilmu-ilmu yang dikutip di universiti ini untuk dijadikan satu panduan dalam menguruskan apa-apa majlis atau perkara-perkara yang boleh mendatangkan sesuatu yang berguna apabila bergraduat nanti. justeru itu, dengan adanya pelbagai jenis ilmu, maka mereka akan mampu membawa imej yang baik dan berkeyakinan dan mampu menarik pelbagai agensi dalam sektor pekerjaaan nanti.
  • Di samping universiti dan kolej-kolej kediaman yang menganjurkan pelbagai aktiviti luar kampus atau dalam kampus, di pihak pengurusan fakulti juga mampu untuk menjalankan aktiviti yang hebat yang mampu mengasuh dan mendidik pelajar universiti untuk sentiasa memberikan komitmen semasa menjalankan pelbagai tugas. di fakulti, pelbagai subjek yang ditawarkan dengan pelbagai gaya pembelajaran masing-masing. jadi tidaklah menjadi satu kepelikan jika sesuatu subjek yang diajar secara teori diajar pula dengan cara yang lebih praktikal yang mampu menarik minat pelajar untuk terus berusaha dan mampu mengurus sesuatu yang lebih mencabar dalam keadaan yang lebih nyata dan benar.
  • Seperti fakulti bahasa moden dan komunikasi di UPM, walaupun kita sudah tahu bahawa skop pendidikan yang disampaikan oleh pihak pentadbir dalam bentuk yang lebih ilmiah dan lebih menjurus kepada pengajian secara teori, namun hakikatnya praktikal tetap di amalkan bagi memberikan satu persediaan kepada pelajar apabila berada dalam bidang kerjaya nanti, tetapi ia hanya berlaku kepada pelajar yang mengambil jurusan komunikasi sahaja. walaupun begitu, dengan setiap jurusan yang ditawarkan di fakulti tersebut, seperti jurusan kesusasteraan melayu, bahasa dan linguistik melayu, bahasa asing masing-masing mempunyai kursus wajib yang ada kalanya kursus-kursus yang dipilih memerlukan aktiviti yang lebih bersifat praktikal yang mampu keluar dari sifat teorinya. namun begitu, pembelajaran secara teori tidaklah terus ditinggalkan tetapi, penekanan itu lebih kepada sesuatu yang mendorong pelajar untuk bergerak aktif dan sentiasa proaktif dalam pelbagai bentuk aktiviti.
  • Bagi pelajar yang mengambil jurusan kesusasteraan melayu amnya, pada tahun pertama lagi, mereka telah didedahkan dengan subjek yang memerlukan mereka keluar dari kepompong kampus yang mendesak mereka terus berdiam diri dan terus berada di bawah bumbung fakulti, tetapi, dengan adanya subjek yang menuntut mereka menjalankan tugas mencari idea dan orang yang berpengalaman untuk membantu dari segi kelancaran berkomunikasi di khalayak ramai dan belajar bagaimana mereka perlu menguasai audien untuk terus memberi perhatian. subjek ini ialah subjek pengucapan awam yang mewajibkan semua pelajar di fakulti bahasa moden ini mengambilnya.
  • Di tahun kedua pula, mereka didedahkan dengan subjek kesusasteraan rakyat yang menuntut mereka membuat pementasan yang melibatkan ramai audien dan para tetamu kehormat yang hadir untuk menonton. bagi pelajar yang belum pernah mempunyai pengalaman dam dunia pementasan, agak sukar bagi mereka untuk memberikan sesuatu yang bagus tambahan pula, pementasan yang berbentuk klasik dan berunsur bangsawan ini sangat sukar diaplikasikan. tetapi dengan komitmen yang kuat dari mereka, maka kemampuan mereka mampu mengatasi pelbagai masalah. dan inilah yang perlu mereka ambil untuk di jadikan satu pengalaman melalui aktiviti ilmiah di universiti.
  • Di tahun ketiga pula, agak pelik jika dikatakan subjek multimedia ini mampu membuat satu aktiviti ilmiah di luar kampus. kerana, pandangan jagat sebelum ini, ialah meletakkan multimedia itu kepada satu kepompong dan fokus yang amat kecil yang hanya melibatkan pembelajaran multimedia secara teori dan praktikal yang hanya berlaku di dalam kampus sahaja, tetapi hakikatnya mereka boleh mevariasikan lagi subjek itu kepada satu aktiviti yang dapat menaikkan nama universiti di samping membuat kebajikan kepada masyarakat luar. contohnya, dalam subjek ini, kita boleh mencari rumah-rumah kebajikan anak-anak yatim untuk merealisasikan tugas yang diberikan. dan kita mampu melaksanakan multimedia di samping memberi mamfaat kepada orang lain dan pelbagai pihak. oleh yang demiakian, aktiviti ilmiah di universiti perlu sentiasa diteruskan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang yang berkemampuan dalam segala hal.
  • AKHIR kata, saya mencadangkan supaya setiap jurusan yang ada di fakulti bahasa moden dan komunikasi perlu memberikan pendedahan praktikal kepada pelajar dalam sektor pekerjaan supaya mereka dapat mengaplikasikan semua ilmu dan dapat mendedahkan mereka untuk bersedia untuk menempuh alam pekerjaan di samping aktiviti yang sedia ada daripada subjek yang diambil.

Wednesday, February 27, 2008

SENI DIKIR (WAYANG) DIMULTIMEDIA

  • Jika dulu kita melihat sejarah seni dikir barat dan wayang kulit merupakan satu objek seni yang diwarisi turun temurun oleh golongan yang menguasainya. pada asalnya, seni wayang kulit ini merupakan satu seni wayang yang dinamakan "purwa" oleh masyarakat siam, namun pada hari ini, wayang kulit serta dikir barat ini dipopularkan dan sekaligus menjadi tradisi turun temurun oleh masyarakat di kelantan.

  • Jika kita mempelajari dan pernah berada dalam lingkungan akademik dan ilmu-ilmu kebahasaan, kesusasteraan, komunikasi, maka secara alaminya, kita juga boleh mempraktikkan ilmu teknologi maklumat atau apa sahaja ilmu yang berasaskan perkomputeran. maka kita dengan mudah dan mempunyai ruang dan jalan untuk mencipta sesuatu yang baru serta dapat mengaplikasikan pelbagai ilmu untuk membentuk satu ilmu yang baru. oleh yang demikian, di sini, saya ingin mengaitkan bahawa, multimedia merupakan satu bentuk ilmu yang boleh dipelbagaikan dan mempunyai ruang yang luas untuk mereka sesuatu yang baru bagi mengembangkan satu ilmu yang lain. maka disini, kaitannya dengan dikir barat ialah, multimedia boleh diserapkan dan dijadikan satu wadah baru untuk mevariasikan seni, bahasa, komunikasi dan sebagainya.

  • Dikir barat dan wayang kulit, pada asalnya merupakan dua perkara yang amat berbeza dan disampaikan juga dengan gaya yang berbeza. namun di sini kita dapat membuktikan bahawa, dalam multimedia, kita boleh menggabungkan kedua-dua seni ini menjadi satu seni yang baru yang dapat menarik perhatian penggemarnya. jika ada masyarakat yang menggemari dikir barat, tidak semestinya mereka juga meminati seni wayang kulit. dan sebaliknya. namun idea menggabungkan kedua konsep yang berbeza ini menjadi satu seni yang baru dapat menghilangkan rasa jemu dan bosan serta dapat menarik minat penggemarnya.
  • Secara harfiahnya, dikir barat merupakan satu seni yang menunjukkan satu hiburan yang berdasarkan nyanyian yang mengasyikkan di samping pengajaran yang ingin disampaikan. dikir barat juga lahir dengan adanya tukang karut dan para penyokongnya. manakala wayang kulit pula dikenali dengan persembahan bayang-bayang dengan memberikan satu cerita yang disampaikan oleh beberapa orang pelakonnya. pada kebiasaannya watak yang sangat popular ialah pak said, pok dogo dan pak samad.
  • Jadi sekarang ini, multimedia dapat mevariasikannya dan menggabunggkan kedua-dua seni ini dengan membuat satu animasi yang sangat menarik dengan satu plot cerita yang menggantikan wayang kulit dan nyanyian didkir barat yang mengiringi setiap perkembangan cerita. contohnya kita dapat melihat video yang menggambarkan pengaplikasian kedua-dua aspek seni tersebut menjadi satu.

Thursday, February 21, 2008

VARIASI MULTIMEDIA

  • Di UPM, saya berpeluang untuk mempelajari pelbagai ilmu akademik, saya seorang pelajar universiti yang mengambil kursus kesusasteraan melayu di upm. tetapi disini saya ingin memperkenalkan kepada anda semua satu subjek khas yang diminati ramai di fakulti bahasa moden dan komunikasi, iaitu subjek multimedia...yea...memang benar! kami merupakan pelajar bahasa dan bukannya pelajar dari fakulti sains komputer, tetapi, apa yang paling penting dan menyeronokkan, disini kami berpeluang untuk mempelajari semua ilmu bahasa ataupun ilmu selain itu...antaranya subjek multimedia...subjek ini pun mempunyai dua jenis yang terdiri daripada multimedia dalam kesusasteraan dan bahasa dalam multimedia..


  • Emm... pada semester ini saya berpeluang untuk menyertai kursus multimedia ini di bawah seliaan dan didikan dr. Normaliza dan anaknya cik Aliaa...dan saya juga amat beruntung kerana selama dua semester saya berpeluang mengikuti kedua-dua subjek multimedia tersebut...maka, saya dengan ini ingin berkongsi pengalaman dan keseronokan serta keunikan yang saya lalui sepanjang mengikuti subjek ini... apa yang boleh di jamin, anda tidak akan rugi jika mengikutinya walaupun ada sedikit keletihan kerana dibebankan dengan pelbagai tugas...tetapi percayalah...bebanan itu cukup berbaloi jika nak dibandingkan dengan pengalaman dan pengetahuan yang kita akan dapat..

  • Kenapa saya cakap anda tidak rugi? emm...kerana dalam multimedia ini, saya mampu mempelajari pelbagai jenis ilmu yang berlandaskan teknologi maklumat serta kerja-kerja kreatif yang tidak pernah saya pelajari sebelum ini dalam mana-mana subjek...sebenarnya sebelum ini, saya hanya menganggap, subjek ini hanya berlegar dalam ilmu teori sahaja, tetapi, yang jelasnya ialah penerapan ilmu praktikal yang membolehkan saya menguasai sesuatu itu bukan sekadar sementara, tetapi kekal, seperti mana saya mampu membuka laman blog sendiri seperti sekarang....

  • Emm...selain itu, saya didedahkan dengan pelbagai laman web yang berkaitan dengan kos yang saya ambil di upm ini,contohnya saya digalakkan untuk menyertai ahli esastera yang dikhususkan kepada warga akademik seperti saya yang masih tercari-cari identiti dan ruang yang lebih luas untuk mengembangkan ilmu kesusasteraan yang saya miliki ini...cukup bagus...ini baru sedidkit..banyak lagi yang saya pelajari..

  • Anda bayangkan ada ke kita di universiti masih perlu belajar membuat origami?pastinya anda tertanya2 kenapa dalam multimedia perlu buat itu semua...em..jawabnya..itulah keunikan multimdea..dapat mevariasiasikan semua ilmu..kerana dalam membuat origami tersebut, rasionalnya kita dapat menilai tahap kepantasan dan ketajaman minda serta keupayaan seseorang itu mampu menyelesaikan masalah dalam masa yang ditetapkan...di samping itu, kekreatifan seseorang itu dalam mengukur tahap dan nilai seninya akan terserlah...lagi satu perkara yang saya ingin katakan, kebosanan dalam kelas ini tidak pernah wujud walau sesaat, apa yang selalu saya alami ialah kecemasan, keaktifan, kecerdasan dan kepantasan serta keletihan kerana perlu mengejar masa...hehe..masa tu lah baru kita sedar bahawa kite ni sebenarnya mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri...

  • Selain itu, jika semester lepas saya berpeluang belajar adobe photoshop dengan membuat album sendiri..nak tengok?em...ada di bawah...


  • Emm..nampak tak?...ada lagi... emm..selain tu..ada semester ini, saya dah siapkan kalendar 2008...kad raye pun kami pernah buat, belajar macam mane nak ambik gambar, buat slide show dengan guna power point, dan pendek kata, kami dapat praktikkannya sendiri selepas ini...sekarang ini, saya sedang mempraktikkan laman blog...jadi dengan perasaan yang cukup bangga dan syukurnya saya mengalu-alukan anda juga perlu mengikuti subjek ini untuk mevariasikan lagi ilmu anda...

  • Sebelum saya mengundur diri..ucapan dan ribuan terima kasih kepada pendidik saya dr. normaliza serta cik alya..kerana bertungkus lumus mengajar saya...majulah multimedia untuk negara...hehe salam dari saya assalamualaikum...























Wednesday, February 20, 2008

KEBENARAN PUISI

  • PUISI merupakan satu wadah luahan rasa dan minda untuk melontarkan pemikiran yang mampu memberikan pelbagai impak yang berbagai rasa dalam membentuk masyarakat yang sempurna dan berilmu.

  • Bagi pendapat saya,puisi merupakan satu bentuk atau genre kesusasteraan yang unik dan klasik yang lahir dari dunia melayu zaman berzaman. Dengan puisi, manusia zaman dahulu mampu menyampaikan pemikiran yang benar-benar memberikan sesuatu kesan yang membolehkan masyarakat untuk mendidik dan mengasuh manusia dan masyarakat melayu melalui satu bentuk yang indah dan bermutu tinggi.

  • Sesungguhnya, ini bukan satu omong kosong yang hanya memberi satu huraian yang panjang, tetapi ia diiringi dengan bukti yang menegaskan satu kebenaran yang menunjukkan bahawa puisi itu adalah satu kebenaran yang hakiki. buktinya, kita memiliki teks-teks lisan yang lahir dengan rupa baru pada setiap tahun, contohnya kumpulan pantun, kurik kendi merah saga, puisi-puisi yang diterjemahkan dari tokoh-tokoh sastera islam yang tidak asing lagi dalam islam dan dunia melayu iaitu hamzah fansuri dengan syair perahunya, syair sidang fakir dan pelbagai lagi. Dalam kita bertegas untuk memastikan puisi ini satu kebenaran sebagai wadah menyampaikan ilmu dan pendidikan, kita pastinya sedar bahawa lahirnya insan yang berkualiti dan dinamik di universiti-universiti terkemuka di dunia. salah satunya melahirkan sasterawan sasterawan yang berkualiti lagi berpengetahuan seperti a.samad said dan penulis muda juga seperti faizal tehrani dan ramai lagi.


Oleh yang demikian, sesungguhnya puisi ini mampu memberikan satu kesan kerana kebenarannya dan ianya mampu memberi satu sinar harapan kepada nusa dan bangsa.


Soleha...