Baru-baru ini, kami bersama kumpulan kami seramai sepuluh orang bersama-sama mengadakan satu program bersama anak-anak yatim di BAITUL FITRAH di rawang. kami beramai-ramai pergi membantu dan meraikan kanak-kanak di rumah anak yatim tersebut sempena untuk menyiapkan projek multimedia dalam bahasa di bawah seliaan dr. Normaliza di Fakulti bahasa moden dan komunikasi.
Kami telah bersama mereka selama satu hari pada hari jumaat 7mac2008. kami dengan seikhlas hati ingin memberikan sumbangan tenaga dan kegembiraan bagi memberikan sesuatu yang bermakna kepada mereka yang hidup dalam serba kedaifan. jumlah anak-anak yatim yang tinggal di baitul fitrah ini ialah seramai 30 orang dari kanak-kanak yang berumur 4bulan sehingga 17 tahun. mereka telah di jaga oleh seorang ibu tunggal yang sangat berhati mulia yang lebih selesa di panggil kak ummu. beliau dengan sedaya upaya ingin membantu anak-anak yatim tersebut tanpa mendapat apa-apa bantuan daripada mana-mana pusat kebajikan ataupun zakat.
- Beliau menjaga anak-anak malang tersebut di sebuah rumah dua tingkat di country homes rawang dan sebuah lagi rumah yang diberikan bantuan oleh seorang yang pemurah untuk dijadikan tempat tinggal bagi anak-anak yatim lelaki tidak jauh dari situ. Kami sangat berharap dengan kehadiran kami ke tempat mereka sedikit sebanyak akan memberikan kegembiraan kepada merekayang belum pernah merasai keseronokan berkelah dan merasai kehidupan seperti orang lain walaupun sehari.
- Apa yang lebih menyedihkan, ada seorang kanak-kanak perempuan yang berumur dua tahun tidak sempurna seperti anak-anak yang lain kerana buta pada usia yang masih kecil lagi. dan anak itu juga di jaga dan diasuh oleh kak ummu dengan penuh kasih sayang. kak ummu juga dibantu oleh dua orang bibik yang setia menjaga anak-anak yang sangat kepinginkan kasih sayang seorang ibu dan keluarga.
- Apa yang kami perhatikan, walaupun kami datang dalam masa yang amat singkat, kami dapati mereka sangat memerlukan kasih sayang dan perhatian. apa yang mengkagumkan kami, mereka merupakan kanak-kanak yang sangat bijak dalam pelajaran dan mungkin kemampuan mereka terbatas maka segala keistimewaan yang dimiliki tidak dapat digunakan sepenuhnya. Ada juga kanak-kanak yang terpaksa menjadi seperti ibu dan bapa pada usia yang masih muda kerana kanak-kanak ini perlu memikul tanggungjawab sebagai kakak kepada adik yang masih kecil yang berusia dua tahun. masa kanak-kanaknya telah di isi dengan bebanan yang sudah berat dan perlu memikul tanggugjawab seperti seorang ibu kepada adiknya sekaligus menjadi seorang pelajar tingkatan tiga.
- Kehidupan mereka yang sangat daif menyentuh perasaan kami, kami beramai-ramai membantu mereka membuat gotong royong dan membawa sedikit makanan yang tidak seberapa kepada mereka. dan kami berkeputusan untuk membawa kanak-kanak tersebut ke kancing iaitu salah sebuah tempat peranginan yang hampir di tempat tinggal mereka. kegembiraan dan kegirangan terpancar di wajah daif masing-masing sehingga menampakkan mereka melupakan seketika masalah dan diri mereka sebentar dan menjadi kanak-kanak seperti mana mereka yang mempunyai keluarga yang bahagia. mereka seolah-olah sangat menginginkan kasih sayang dan belaian manja dari seorang kakak-kakak serta sepenuh perhatian kepada mereka apabila mereka sentiasa bercerita tentang keadaan dan kehidupan mereka.
- Semoga dengan kehadiran kami ini sekurang-kurangnya dapat memberikan sedikit kegembiraan dan kebahagiaan kepada mereka walaupun seketika...
0 comments:
Post a Comment