BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 5, 2008

AKTIVITI ILMIAH DI UNIVERSITI

  • Di universiti amnya, pelbagai bentuk dan cara aktiviti boleh dijalankan untuk memastikan semua pelajar di universiti ini menjalankan pelbagai aktiviti yang berfaedah semasa menuntut di pusat pengajian tinggi (IPT). Pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan di IPT ini yang boleh mendatangkan pelbagai jenis pengalaman dan pengetahuan yang berguna bagi setiap pelajar sama ada aktiviti luar kampus mahupun dalam kampus. Setiap pelajar sepatutnya perlu diberikan galakan dan didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang boleh memberikan sesuatu yang boleh memberikan kesan masa panjang dan memberikan satu pengalaman kepada mereka untuk melahirkan pelajar yang berkemampuan dalam pelbagai aspek, contohnya bijak merancang, menguruskan masa depan, berkeyakinan dan dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi apabila keluar dari dunia kampus mereka.
  • Selain itu, pelajar universiti juga perlu mencari peluang yang ada untuk mencari pelbagai jenis peluang dan sentiasa mengikuti perkembangan dan meyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti ataupun kolej masing-masing. kerana di situlah tempat mereka untuk mencari pengalaman dan pengetahuan sebanyak mungkin supaya dapat mengaplikasikan semua ilmu-ilmu yang dikutip di universiti ini untuk dijadikan satu panduan dalam menguruskan apa-apa majlis atau perkara-perkara yang boleh mendatangkan sesuatu yang berguna apabila bergraduat nanti. justeru itu, dengan adanya pelbagai jenis ilmu, maka mereka akan mampu membawa imej yang baik dan berkeyakinan dan mampu menarik pelbagai agensi dalam sektor pekerjaaan nanti.
  • Di samping universiti dan kolej-kolej kediaman yang menganjurkan pelbagai aktiviti luar kampus atau dalam kampus, di pihak pengurusan fakulti juga mampu untuk menjalankan aktiviti yang hebat yang mampu mengasuh dan mendidik pelajar universiti untuk sentiasa memberikan komitmen semasa menjalankan pelbagai tugas. di fakulti, pelbagai subjek yang ditawarkan dengan pelbagai gaya pembelajaran masing-masing. jadi tidaklah menjadi satu kepelikan jika sesuatu subjek yang diajar secara teori diajar pula dengan cara yang lebih praktikal yang mampu menarik minat pelajar untuk terus berusaha dan mampu mengurus sesuatu yang lebih mencabar dalam keadaan yang lebih nyata dan benar.
  • Seperti fakulti bahasa moden dan komunikasi di UPM, walaupun kita sudah tahu bahawa skop pendidikan yang disampaikan oleh pihak pentadbir dalam bentuk yang lebih ilmiah dan lebih menjurus kepada pengajian secara teori, namun hakikatnya praktikal tetap di amalkan bagi memberikan satu persediaan kepada pelajar apabila berada dalam bidang kerjaya nanti, tetapi ia hanya berlaku kepada pelajar yang mengambil jurusan komunikasi sahaja. walaupun begitu, dengan setiap jurusan yang ditawarkan di fakulti tersebut, seperti jurusan kesusasteraan melayu, bahasa dan linguistik melayu, bahasa asing masing-masing mempunyai kursus wajib yang ada kalanya kursus-kursus yang dipilih memerlukan aktiviti yang lebih bersifat praktikal yang mampu keluar dari sifat teorinya. namun begitu, pembelajaran secara teori tidaklah terus ditinggalkan tetapi, penekanan itu lebih kepada sesuatu yang mendorong pelajar untuk bergerak aktif dan sentiasa proaktif dalam pelbagai bentuk aktiviti.
  • Bagi pelajar yang mengambil jurusan kesusasteraan melayu amnya, pada tahun pertama lagi, mereka telah didedahkan dengan subjek yang memerlukan mereka keluar dari kepompong kampus yang mendesak mereka terus berdiam diri dan terus berada di bawah bumbung fakulti, tetapi, dengan adanya subjek yang menuntut mereka menjalankan tugas mencari idea dan orang yang berpengalaman untuk membantu dari segi kelancaran berkomunikasi di khalayak ramai dan belajar bagaimana mereka perlu menguasai audien untuk terus memberi perhatian. subjek ini ialah subjek pengucapan awam yang mewajibkan semua pelajar di fakulti bahasa moden ini mengambilnya.
  • Di tahun kedua pula, mereka didedahkan dengan subjek kesusasteraan rakyat yang menuntut mereka membuat pementasan yang melibatkan ramai audien dan para tetamu kehormat yang hadir untuk menonton. bagi pelajar yang belum pernah mempunyai pengalaman dam dunia pementasan, agak sukar bagi mereka untuk memberikan sesuatu yang bagus tambahan pula, pementasan yang berbentuk klasik dan berunsur bangsawan ini sangat sukar diaplikasikan. tetapi dengan komitmen yang kuat dari mereka, maka kemampuan mereka mampu mengatasi pelbagai masalah. dan inilah yang perlu mereka ambil untuk di jadikan satu pengalaman melalui aktiviti ilmiah di universiti.
  • Di tahun ketiga pula, agak pelik jika dikatakan subjek multimedia ini mampu membuat satu aktiviti ilmiah di luar kampus. kerana, pandangan jagat sebelum ini, ialah meletakkan multimedia itu kepada satu kepompong dan fokus yang amat kecil yang hanya melibatkan pembelajaran multimedia secara teori dan praktikal yang hanya berlaku di dalam kampus sahaja, tetapi hakikatnya mereka boleh mevariasikan lagi subjek itu kepada satu aktiviti yang dapat menaikkan nama universiti di samping membuat kebajikan kepada masyarakat luar. contohnya, dalam subjek ini, kita boleh mencari rumah-rumah kebajikan anak-anak yatim untuk merealisasikan tugas yang diberikan. dan kita mampu melaksanakan multimedia di samping memberi mamfaat kepada orang lain dan pelbagai pihak. oleh yang demiakian, aktiviti ilmiah di universiti perlu sentiasa diteruskan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang yang berkemampuan dalam segala hal.
  • AKHIR kata, saya mencadangkan supaya setiap jurusan yang ada di fakulti bahasa moden dan komunikasi perlu memberikan pendedahan praktikal kepada pelajar dalam sektor pekerjaan supaya mereka dapat mengaplikasikan semua ilmu dan dapat mendedahkan mereka untuk bersedia untuk menempuh alam pekerjaan di samping aktiviti yang sedia ada daripada subjek yang diambil.

0 comments: