- Perkembangan Teknologi Maklumat telah menghasilkan berbagai-bagai perisian yang diciptakan khusus untuk membantu pengguna dalam memudahkan kerja serta mendapatkan hasil yang lebih berkualiti.Terdapat beribu-ribu jenis perisian yang berada di pasaran terutamanya dalam bidang grafik antaranya animasi 2D, animasi 3D, dan penyuntingan video.
- Namun demikian, tidak banyak perisian di pasaran yang memberi penerangan dalam bahasa Melayu. Oleh sebab itu, seiring dengan perkembangan tersebut, Bahagian Multimedia Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), telah menerbitkan dua buah CD-ROM berjudul Cara Cepat Belajar Perisian: Macromedia Flash MX 2004 dan Cara Cepat Belajar Perisian: Adobe Photoshop CS. CD-ROM ini sesuai digunakan untuk semua peringkat pengguna.
- Corak persembahan yang menarik, interaktif dan dilengkapi dengan audio membantu pengguna mempelajarinya dengan lebih berkesan.Kandungannya juga disusun mengikut peringkat, bermula daripada pengenalan sehinggalah kepada peringkat aplikasi alatan yang digunakan dalam perisian ini.
- Penerbitan perisian multimedia dalam bahasa Melayu merupakan salah satu usaha DBP ke arah memartabatkan bahasa Melayu dalam bidang teknologi maklumat. Semoga usaha DBP ini menjadi dorongan kepada syarikat multimedia untuk menerbitkan pelbagai perisian dalam bahasa kebangsaan.
KOMEN:
Memang usaha yang dijalankan oleh DBP sangat murni, kerana IT sangat penting dalam usaha mengetengahkan dan memartabatkan Bahasa Melayu, dalam